Tuesday, September 13, 2011

kenapa aku tak boleh melupakanya

Begitu ramai manusia menanyakan aku tentang si dia...
Aku tidak dpat mnjawab soalan yang amat memeritkan hati..
Aku di dominasi oleh ribuan pertanyaan.
Aku rasa serba salah..
Aku tidak dapat melupakannya...
Walaupun aku tahu ia amat pedih untuk dikenang..
Susah untuk ku menerangkan perasaan ku..

adakah anda melihat kotak rokok dibawah??



Dia bagaikan rokok,Jika kamu seorang penghisap rokok kamu akan paham perasaan ku,
sebagai contoh rokok"Dunhil",kamu akan tergoda dengan ilusi kehebatan paket emas saiz raja dengan tanda kebesaran agung, suatu implikasi yang menarik ke arah kemegahan dan kekayaan, cadangan halus bahawa rokok sememangnya kawan-kawan diraja dan setia kepada kamu,dan itu adalah satu penipuan...

Personaliti kamu yang lain berusaha untuk menarik perhatian kamu ke gambar yang menjengkelkan dan dibawahnya yang ditulis dalam perkataan yang berani dan membosankan,ia adalah satu kenyataan bahawa "kawan"(rokok) yang akan membawa kita ke alam kematian dan cuba untuk membunuh kamu dan kenyataan itu adalah benar.




Oh,aku ketagih dengan keindahan yang memprsona,
kepahitan asapnya dan akan berakhir dgn kemanisanya..

Dan sebab itu aku dan kamu(si penghisab rokok) amat mencintai rokok,walaupun kita tahu ia membunuh kita..

Dan sebab itu aku tidak dapat melupakan si dia,walaupun aku tahu ia amat memeritkan hati ku....

semoga anda semua paham apa yg ingin aku sampaikan...

No comments:

Post a Comment