Friday, September 23, 2011

Memori & Kenangan ku

Memori,Kenangan

Setiap manusia mempunyai kenangan dan memori.Sama ada pahit dan manis.
Setiap detik adalah kenangan adalah cenderahati dari Nya sebelum kita menutup mata kita buat selama-lamanya.

2001
Diriku mula melangkah ke alam persekolahan.Aku masih ingat Ibuku sanggup menemani ku dari awal sesi pembelajaran hingga akhir pembelajaran.Ibuku amat bimbang untuk meninggalkn ku...

2002
tiada yg menarik tahun ini...

2003
Tahun pertama aku mendapat perbelanjaan sekolah dari ibu bapa ku,sebanyak rm 0.30 .Aku mula menjadi pelajar yg cemerlang,aktif,dan aku dilantik menjadi ketua kelas.Dulu sesiapa yg memegang jawatan itu adalah pelajar cemerlang,pandai..aku amat berbangga,malah aku hmpir2 mndapat tmpat yg pertama

2004
Aku masih mengekalkan rentak ku sebagai pelajar yang cemerlang
disebabkan kecemerlangan ku.Wang Perbelanjaan dinaikkan sebanyak RM 0.40

2005
Perbelanjaan Dinaikan sebanyak RM0.50.Tahun Ini aku menjadi pengawas sekolah,tahun ini juga aku dikuasai oleh ego ku yg menyebabkan aku mnjadi pelajar yg paling teruk dlm akedemik,Inilah akibatnya bila ego menguasai diri,keputusan aku makin teruk,teruk dan teruk... kecuali BM aku dpat skor A..trima kasih Ckgu Riduan..dan tahun ini juga aku "Bersunat"aku rasa megah dan bangga kerana sudah cukup dewasa,walaupun hakikatnya aku masih kanak-kanak.

2006
Tahun ini Aku menjadi senior di sekolah rendah aku,aku rsa bangga.Tahun ni adalah musim animasi "Naruto".Aku malah sngup berlapar untuk mengumpul duit untuk membeli mainan "Naruto"Perbelanjaan dinaikkan sebanyak RM 0.60.Dan pada tahun ini juga aku menghadapi UPSR,aku mendapat keputusan yg kurang membanggakan kedua ibu bapaku
BM1=A,BM2=A,SN=B,Eng=B,Mat=C.

Zaman sekolah rendah amat menyedihkan aku disisihkan oleh semua kawan,mereka tidak mahu berkawan dgn aku,aku Sepanjang 6 tahun aku di pulaukan

2007
Aku mula melangkah ke alam remaja.Tetapi aku sekolah di Sekolah mengah yg lain.Tahun ini aku ditempatkan di kelas yang paling pandai 1 Amanah ntah mengapa aku ditempatkn di kelas pandai,padahal aku bukanlah pelajar yg rajin ataupun pandai.Melucukan.Tahun Ini aku berazam aku xnak mnjadi pelajar yg baik.Aku nak menjadi pelajar yg teruk,samseng.Cukuplah aku disisihkan kerana menjadi budak baik,sekarang biar aku jadi Jahat.Aku mula mengenali pelbagai jenis dadah.Pil khayal bagaikan gula-gula bagi pelajar di sekolah aku.Namun Alhamdulilah senakal-nkal aku,sejahat-jahat aku aku tidak pernah menyentuh "najis"tersebut.Perkara yang paling jahat aku buat di sekolah itu adalah, Aku pernah terbaling mercun bomb ke bilik guru.seluruh sekolah merasai gegaran itu.(maaf ckgu sy x sengaja) dan keesokanya aku menjalani hukuman 3 sebatan.Pertamakali aku disebat namun tiada perasaan marah ataupun sedih ataupun insaf tetapi perasaan bangga muncul di diriku,bagiku sebatan itu adalah "Medal"ataupun trofi kejayaan untuk menjadi Pelajar yg teruk.Dan aku terharu bila Ckgu yg menjalankan hukuman sebatan tersebut berkata kepadaku "Awak jangan buat perkara jahat ni lagi,sy tahu awk bkan pelajar yang teruk,awak cuma tertekan dalam kehidupan awak.." Ucapan guru tersebut membuat aku terkesima..aku mula terbayang wajah ibuku dan bapaku.Bagi melepaskan tekananku aku mula aktif menghisap rokok,aku rse tenang segala hembusan yg dihembuskan adalah setiap masalah ku yg kulupakan.

2008
Aku berhijrah ke negeri Johor atas faktor pekerjaan ibubapaku.Perasaan gementar mula menyelubungi diriku untuk melangkah ke alam persekolahan di negeri orang.Aku masih ingat kali pertama aku menjejak kaki ke kelas 2EK2 kelas kedua terpandai.Semua pelajar kelas memandangku,aku tidak tahu knpa mereka memandang ku dgn pelik.Adakah zip seluar ku atau aku kacak??entah lah.Tahun ini tiada kenangan yang happy semua biasa sahaja kerana aku mengamal kan anti-sosial supaya aku "low-profile".Tahun ni juga aku mngenali ayat2 org semenanjung JB seperti "ape seyh","ye meyh","bapak dy","cun syal","ape syal","bedeng","sepam","bajet hot","cam gud-gud je","Samok dok","maket syal","otak kau", dan bermacam-macam lagi perkataan yg aku sndiri pun tidak tahu mengunakanya pada ayat yg sesuai.

2009
Tahun yang paling Hebat dalam sejarah hidup ku.Aku berada di kelas 3EK1 kelas ke3 trpandai.Aku masih ingat kali pertama aku mengikut kawan-kawan ku untuk pgi ke Jamming Studio,aku mula terpukau dgn kehebatan rakan-rakan ku bermain alat muzik mereka memainkan lagu Capital E.Aku mula berjinak-jinak dgn alat tersebut smpai wujudnya band yg dinamakan Broken Glass,agak melucukan bila mengenang kembali peristiwa ini.Namun band itu tinggal kenangan diatas tiada persefahaman.Tetapi aku mula mengenali seorang kawan sehingga sekarang dy masih menjadi kawan rapat ku .Dy mula memperkenalkan kpada ku tentang alam muzik,band,"awek",CC(pade mulanya kau tidak tahu maksud CC rupanya Cyber Cafe)
Band yg paling dy selalu cerita adalah A.C.A.B sehingga aku kemaruk mendengar lagu Skinhead 4r Life,sehingga sekarang lagu tersebut menjadi trademark kami bila kami ke Jamming studio.Aku boleh dikatakan mempunyai bakat seni,aku mampu membuat lagu pada masa yang singkat.Dan aku juga seorang yg Jiwang,walaupun muka ku ganaz tetapi aku menangis membaca novel,menangis tgok cite Titanic,menangis perkara yang melibatkan tentang perasaan.Aku masih ingat lagi ketika aku brsama rakan ku "melepak di flat"boleh dikatakan setiap hari kami pergi ke sana.Pelbagai peristiwa yg berlaku.Ada scene "kena kejar dgn parang".dan mbermacam-macam lagi.Peristiwa didalam kelas pula adalah,munculnye seorang wanita yang cantik yang menjadi pujaan lelaki di sekolah aku,dan kami semua akan cair bila dy merajuk dan menyebut pekataan "Alaaa....." pergh!! dgn muke nye yang boleh dikatakan mengugat keimanan seorang lelaki sejati,sape yg x cair oi...kami sering menarik perhatiannya pelbagai tektik kami semua lakukan hanya untuk mendapat perhatianya.Biasalah lelaki,mesti akan tunjuk kemegahanya semata2 untuk membuat wanita tersebut kagum dgnnya.Antara tektik yg kami guna adalah seperti membuat lawak,lawak bodo,,cakap dgn rakan lain dgn suara yang besar supaya dy dengar dan kagum,minta dy ajar matematik(walaupun aku x paham apa yg dia ajar tetapi aku rasa di awang-awangan bila mendengar suaranya yang manja,matanya,wajahnya malah aku hmpir2 pensan)pergh!!!!!!.Dan Tahun ini juga aku menduduki peperiksaan PMR aku mendapat 5=B,2=C,1=D masih tidak menggembirakan hati ibu bapaku.Walauapapun aku amat merindui Tahun ini.MMg ini saja kenangan yg paling gembira buat aku.

2010
Oleh disebabkan kami mnjadi pelajar menengah atas.Kami smua diasingkan mengikut jurusan yang dipilih,Aku berada di kelas 4UIAM yg mengambil jurusan Seni Visual dan Perdagangan(kelas Sastra) tiada kenangan yang menggembirakan aku,cuma aku bergiat aktif dalam perniagaan aku menjadi ejen one drop perfume dan menjual lukisan.Walaupn tidak maju.Tahun ni bosan.

2011
Tahun ini adalah yg mempunyai kenangan manis dan pahit walaupun tahun ni belum abis lagi tpi aku mngalami kenangan yang kemuncak.Aku menceritakan perkara yang hebat sahaja pada tahun ini yang menggegarkan satu sekolah,JB..pada 31 march,jam 01:06,selepas habis sekolah aku dipukul,dibelasah oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan senjata seperti cota besi,batang paip besi,dan kayu.Aku di belasah lebih dari 18 orang.Kepala ku koyak,dan aku mendapat 8 jahitan,Peristiwa ini telah membuat ku kehilangan Kenangan yg bakal aku cipta pada keesokan harinya Hari KOKO sepatutnya aku mnjadi mascot rumah merah.Aku mendengar rakan2 ku bercerita tentang meriahnya hari koko membuatku cemburu,namun pada 3 july aku telah menemui cinta pertamaku,wanita yang telah menyelamatkn ku dari maut.Aku rasa sungguh Indah pabila bersamanya aku dihargai dan dapat merasakan disayangi.Walaupun hanya 55 hari brsama dgnya atas disebabkan kehadiran SPM yg menghampiri dy memutuskan hubungan kami.Tidak mengapa kerna itu adalah untuk kebaikan masa depan kami.Tiada perasaan dendam,di hati kami msih berkawan dan meneruskan perjuangan yg akan kami tempuhi pada bulan sebelas nnti.Aku harap diriku akan cemerlang dalam SPM nnti supaya aku dapat mengejar cita2 ku sebagai usahawan yg berjaya.


Itu saja kenangan yg aku ingat,dan yang sempat aku alami,hidup kita begitu singkat,nikmati lah hidup yang dikurniakan oleh Allah,dgn perkara yang baik,buktikan kamu adalah manusia yang berguna pada masyarakat.

"Life is filled with happiness, sadness, tears, smiles, laughter and other emotions but when life gets you down, just be strong about it and keep your head up high and have faith in all things in life. Always remember: Allah is at your side, always." ---Fadzlan

Tuesday, September 13, 2011

kenapa aku tak boleh melupakanya

Begitu ramai manusia menanyakan aku tentang si dia...
Aku tidak dpat mnjawab soalan yang amat memeritkan hati..
Aku di dominasi oleh ribuan pertanyaan.
Aku rasa serba salah..
Aku tidak dapat melupakannya...
Walaupun aku tahu ia amat pedih untuk dikenang..
Susah untuk ku menerangkan perasaan ku..

adakah anda melihat kotak rokok dibawah??



Dia bagaikan rokok,Jika kamu seorang penghisap rokok kamu akan paham perasaan ku,
sebagai contoh rokok"Dunhil",kamu akan tergoda dengan ilusi kehebatan paket emas saiz raja dengan tanda kebesaran agung, suatu implikasi yang menarik ke arah kemegahan dan kekayaan, cadangan halus bahawa rokok sememangnya kawan-kawan diraja dan setia kepada kamu,dan itu adalah satu penipuan...

Personaliti kamu yang lain berusaha untuk menarik perhatian kamu ke gambar yang menjengkelkan dan dibawahnya yang ditulis dalam perkataan yang berani dan membosankan,ia adalah satu kenyataan bahawa "kawan"(rokok) yang akan membawa kita ke alam kematian dan cuba untuk membunuh kamu dan kenyataan itu adalah benar.




Oh,aku ketagih dengan keindahan yang memprsona,
kepahitan asapnya dan akan berakhir dgn kemanisanya..

Dan sebab itu aku dan kamu(si penghisab rokok) amat mencintai rokok,walaupun kita tahu ia membunuh kita..

Dan sebab itu aku tidak dapat melupakan si dia,walaupun aku tahu ia amat memeritkan hati ku....

semoga anda semua paham apa yg ingin aku sampaikan...

Tuesday, August 2, 2011

Greatest Memory Contest

nma i malikkundo(bkan nma sbenar)i ingin msuk contest ni...I ske sgat.. kalau x menang xpe..... I akan buat cube bwat yg terbaik....knangan I yg xboleh I lupakan adalah I dgn Isteri I yg bernama G-shock..romantik sgt perjalanan I ngan dy...
so enjoy ye.......

****************************************************************

G-shock...G-shock adalah jam yg mnjadi kegilaan ramai remaja pada tahun 2011.malah golongan artist juga...aku tidak tau mengapa,knpa,dan siapa yg menfamouskn jam ini...G-shock telah mengalahkan rating jenama-jenama yg trkemuka seperti Ben10,Spongebob,dan banyak lagi...malah ade yg sangup membelanjakan ratusan ringgit semata2 utk mndapatkan jam yg bernama G-shock... aku tidak mengerti,aku lansung tidak mengerti..ape yg hebat sgt tentang Jam tu??smpai perfume ku tidak laku seperti dulu....

Di sekolah,demam G-shock smakin teruk...tman-tman ku smuanya memakai jam itu,malah hampir 90% pelajar di sekolah ku memakai jam G-shock ..aku dpat rasakan jam tersebut mempunyai roh yang memangil atau menarik remaja2 utk memakainya,aku hairan,hairan tersangat hairan....





**************************************************************************

sehingga suatu malam yg mengubah pandanganku...di psar malam,penuh dgn manusia,
dn penuh dgn jualan barangan seperti bju,bag,jam dan bnyak lagi...



sedangku brjalan-jalan aku terpandang sebuah jam yang berwarna hitam,bentuknya yang elegent,sporty,stylo,.....dan mempunyai digital dan manual,dan campuran warna kuning dan biru di sekitar ruangan dalamanya...amat memukau sesiapa sahaja yg melihatnya.


Aku menghampiri jam itu dan aku menyentuh nya,membelai nya dgn penuh minat smbil ku pejamkn mata ku ....

tiba-tiba aku trdengar suara yg memotong stim aku.."bang jam tu,bgus bang ori tu bang,limited edition ni bang,kalau abg beli,best tu bang,harga sebenar dy rm 1789,tp sy kasi murah utk abg sbb abg hensem sgt so..sy jual rm35 je...".Aku trkejut mendengar harganya yg tidak ku sangka,tanpa mmbuang masa aku mengeluarkan dompet ku dan mencari wang,lalu aku memberi wang itu kpd peniaga itu...
aku terus memakai jam tersebut..tiba-tiba aku dpat rasakan suatu aura yg mmberi nafaz baru pda ku...wow..I got The power!!!




jam ini telah mnjadi milikku

***********************************************************************
KE ESOKAN HARINYA



"Rupanya slama ini aku telah salah tangapan kpada kau G-shock..huhuhuu maafkn aku (sambil memeluk erat jam tu)"
dgn semangat yg baru,dgn megahnya aku menuju ke sekolah dgn jam G-Shock....
aku dgn banganya ,menunjukan jam trsebut pda semua org...


dan aku sangup merampas mic dri pengawas yg sedang mmbebel smasa perhimpunan dan laungkan I LOVE G-SHOCK!!!!! dgn sekuat hati!!


dan selepas kejadian itu,aku dibuang skolah....




ttpi tidak mengapa,sbb aku dpt meluangkn masa utk jam kesayangan ku G-shock......
skarang baru ku tahu nikmat memiliki jam G-Shock.....
bak kata pepatah melayu "dont judge a book,by its cover"




***********************************************************************************
Inilah kenangan yg paling indah buat kami bersama.......
stiap malam aku bisik kt dy.."saya cinta kan awak".....